Rabu, 16 Desember 2015

EXTRA POWER INOKULAN




/////EXTRA POWER INOKULAN//////


Untuk menghasilkan Gaharu Gred A
* Anda tercari-cari apakah inokulan yang boleh menghasilkan Teras Gaharu.
* Anda telah mencuba berbagai cara untuk menghasilkan Gaharu, tapi pokok jadi reput.
* Dah letih dan bosan mencuba pelbagai cara inokulasi gaharu.
* Hilang semangat tengok pokok gaharu.
* Rasa macam dan tertipu banyak.
* Dah habis puluhan ribu RM


3 tahun kami membuat penelitian, ye 3 tahun...


Siapa yang tak kenal Gaharuman ? Ribuan orang telah menghadiri Seminar Kami sejak tahun 2007.
www.gaharuman.com
Pengenalan Gaharu.
Penanaman.
Jenis Gaharu
Cara Menginokulasi.
Cara buat Teh Gaharu.
dan berbagai topik supaya masyarakat jelas apa itu Gaharu dan Industri Gaharu.


Jika anda telah menanam pokok Gaharu, tahniah dan InsyaAllah kita boleh dapat hasilnya setelah disuntik dengan -EPI- Extra Inokulan Power, hanya dalam masa 6 bulan lagi.


Gaharu yang dihasilkan setelah menggunakan kaedah -EPI- ini telah diteliti makmal dan didapati :


Bukti penelitian Makmal
-Tiada racun
- Hasilnya sama seperti Hasil Alam
- Kandungan Resin 30% -A-


Jadi, hentikan penggunaan inokulan yang try and error. sampai pokok jadi reput. Kini masanya untuk anda menuai hasil pelaburan selama ini.


Nak tahu lebih lanjut :


Hubungi kami segera


>>>>>>013 3707271 (Ust Mat)<<<<<<<<


>>>>>>013 3707271 (Ust Mat)<<<<<<<<


email : gaharuman@yahoo.com



Senin, 07 Desember 2015

SEMINAR PENANAMAN & PENGHASILAN GAHARU (NEW TECNO)

SEMINAR PENANAMAN & PENGHASILAN GAHARU (NEW TECNO)
Di atas permintaan Penanam Gaharu, Gaharuman Resources akan menganjurkan Seminar Agrobisnis Gaharu semperna Kempen Penghasilan (Ringgit) Gaharu.
Untuk itu kami dengan rendah diri menjemput penaman Pokok Gaharu mengikutinya.
BONUS , TAKLIMAT DAN BIMBINGAN PERCUMA INOKULASI POHON GAHARU YANG TELAH BERHASIL. 
Tarikh : 26 Disember 2015
Tempat : Kuala Selangor, Selangor
Masa : 8.30 pagi - 3.30 petang
Yuran Penyertaan : RM 250.00 sebelum 20 Dis 2015 

RM 350.00 selepas 20 Dis 2015
 termasuk makan minum


UNTUK PENYERTAAN SILA BUAT BAYARAN
PENDAFTARAN KE AKAUN
MAYBANK A/C 162030602505
ATAS NAMA MAT HASBOLLAH BIN SUDIN DAN
SMSKAN NAMA, ALAMAT, NO TEL KE TALIAN - 013-3707271
KANDUNGAN KURSUS :
1. PENGENALAN
2. GAHARU, JENIS DAN PEMASARAN
3. PENANAMAN GAHARU
4. PENYUNTIKAN INOKULASI
5. PENUAIAN
6. PENGGREDAN
7. PENYULINGAN MINYAK GAHARU
8. SOAL JAWAB



Sabtu, 29 Desember 2012

BAMBOOTEC

Terdapat banyak pertanyaan mengenai cara penggunaan bambootec. Seperti yang telah sedia maklum, cara penggunaan Bambootec adalah sangat mudah dan selamat serta berhasil, InsyaAllah.

Cubalah!!!!

Penghantaran ke seluruh negara dengan menggunakan Pos Malaysia.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami :
013-3707271

Minggu, 02 Desember 2012

PRODUK BARU GAHARUMAN - TEH GAHARU MUQAHA


KEAJAIBAN TEH GAHARU MUQAHA
MUQAHA AGARWOOD TEA
“SEDERHANA, TAPI MENAKJUBKAN”

Teh  Gaharu Muqaha di perbuat daripada 100% daun gaharu yang segar, bersih dan telah di uji di makmal, ia mempunyai banyak khazanah kesihatan dan  bebas daripada bahan kimia. Teh Gaharu Muqaha tergolong dalam kumpulan Teh Hijau yang hasiatnya setanding dengan Teh Hijau terkemuka di dunia. Umum mengetahui khasiat mengamalkan minuman teh hijau minima 1 gelas sehari dapat membantu meningkatkan mutu kesihatan di samping dapat merawat serta mencegah penyakit.

Dengan menghirup secawan teh gaharu  Muqaha ia dapat menstabilkan sistem saraf, menguatkan jantung, memperbaiki tidur. Antara lain khasiat daripada mengamalkan minuman  Teh Gaharu Muqah ialah :
  • Meningkatkan tenaga zahir dan batin.
  • Mengatasi masalah insomnia/ sukar tidur
  • Merendahkan tahap kolestrol dan lemak
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan gula
  • Membantu  meredakan ketegangan/ hipertinsi/ stress
  • Membantu mengurangkan toksik dalam badan
  • Mencegah pengembangan bacteria Helicobecter pylori penyebab penyakit perut.
  • Anti Oksidant
  • Melindungai hati / paru-paru/ buah pinggang
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Melambatkan proses penuaan (Awet Muda)
  • Melancarkan pengaliran darah serta pengedaran oksigen
  • Memperbaiki kelancaran aliran haid
  • Merangsang penurunan berat badan

Sudah berabad orang mengetahui kelebihan, kebaikan dan khasiat gaharu, tetapi masih,
”SUDAH GAHARU CENDANA PULA, SUDAH TAHU BERTANYA PULA”

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :
013-3707271- Ustaz Mat Hasbollah
019-3958800- En. Abd Malek 

 Keluaran :
GAHARUMAN RESOURCES
Batu 10, Jalan Bernam,
45500 Tanjung Karang,
Selangor Darul Ehsan.
e-mail : gaharuman@yahoo.com



 PENGEDAR DI PERLUKAN.!!!!

Rabu, 10 Oktober 2012

SKIM KEPENTINGAN DI BAWAH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA


SKIM KEPENTINGAN DI BAWAH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

 

A.    Apakah Skim Kepentingan?


Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM") menakrifkan Skim Kepentingan ("Skim") sebagai satu cara untuk menjalankan perniagaan di Malaysia. Ia melibatkan pengumpulan sumbangan kewangan daripada orang ramai yang menyalurkan sumbangan tersebut ke dalam Skim. Skim ini ditadbir oleh Akta Syarikat 1965 dan garis panduan yang dikeluarkan oleh SSM. Ia merupakan satu skim yang menyediakan pulangan yang menguntungkan kepada syarikat.

 

Selain itu, Skim ini juga menyediakan satu bentuk alternatif bagi sesebuah syarikat bagi mendapatkan modal dalam perniagaan.Hal ini kerana, cara tradisional dengan mendapatkan dana daripada Bank adalah agak sukar dalam keadaan ekonomi semasa terutama bagi sesebuah syarikat yang memulakan perniagaan.

 

Sebagai contoh, dalam skim saham perladangan atau dikenali dengan shara-farming scheme, syarikat pengurusan yang mengurus tadbir kolam ikan keli adalah syarikat yang mengeluarkan skim tersebut ("Syarikat Pengurusan"). Pemegang Kepentingan akan melabur bersama Syarikat Pengurusan di mana mereka akan memilih pakej pembayaran. Sebagai contoh Pemegang Kepentingan akan melabur sebanyak RM1, 000.00 mengikut Perjanjian. Sebagai balasan, Pemegang Kepentingan akan menerima RM75.00 bulanan selama dua tahun sebelum tarikh matang Perjanjian. Bagi Syarikat Pengurusan, wang yang dilaburkan dalam Skim boleh digunakan untuk memajukan perniagaan di mana wang itu boleh digunakan untuk penyelidikan biologi, dalam cara yang boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti ikan keli pada masa depan. Selain itu, wang daripada Pemegang Kepentingan boleh digunakan untuk menyediakan modal permulaan kepada Syarikat Pengurusan. Oleh kerana pulangan keuntungan telah ditentukan ketika menandatangani perjanjian, apa-apa keuntungan tambahan dari perniagaan akan diberikan kepada Syarikat Pengurusan.

 

Seksyen 90 (1) Akta 1965 memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat mengeluarkan atau menawarkan apa-apa tawaran kepada awam untuk melanggan atau membeli apa-apa kepentingan, syarikat itu mesti mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan satu kenyataan secara bertulis kepada SSM untuk kelulusan mereka

 

Secara kesimpulannya, skim ini bukan sahaja bermanfaat kepada Pemegang Kepentingan tetapi juga Syarikat Pengurusan. Ia adalah cara alternatif terbaik untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan.


B. Pihak-Pihak dalam Skim Kepentingan




Pihak-Pihak
Tafsiran
 
Syarikat Pengurusan
Syarikat yang mengeluarkan skim
 
Pemegang Kepentingan
Pelabur / orang awam
 
Pemegang Amanah
Pemegang amanah yang diluluskan oleh Menteri atas syor Bank Negara Malaysia.
 

 


C. Jenis Skim Kepentingan


SSM menyediakan beberapa jenis Skim yang seperti berikut:

 

a.       Kelab Golf, Kelab Rekreasi dan Kelab Kecergasan (cth: resort, kelab persendirian, dll);

b.      Perkongsian masa (cth: resort, kelab swasta untuk rekreasi);

c.       Skim Saham Perladangan (contohnya: burung walit, ikan keli, kelisa, industri kelapa, getah, minyak sawit, dll);

d.      Kelab Marina (contohnya: resort, kelab persendirian untuk rekreasi);

e.       Taman peringatan (cth: pembelian plot perkuburan, tempayan-tempayan dan columbaria);

f.       Perkongsian peralatan; dan

g.      Hartanah (contohnya: pembangunan).



D. Ciri-ciri Skim Kepentingan


Skim ini mempunyai ciri-ciri yang seperti berikut: -

 

a.       Syarikat Pengurusan akan mempunyai hakmilik undang-undang pada aset atau harta yang diberikan kepada Skim ini dan Pemegang Kepentingan akan mempunyai kepentingan benefisial;

b.      Syarikat Pengurusan akan mengendalikan pengurusan Skim;

c.       Pembayaran jumlah tertentu oleh Pemegang Kepentingan adalah diperlukan untuk menyertai Skim ini;

d.      Penyertaan adalah berdasarkan kepada jenis 'pakej' yang ditawarkan oleh Syarikat Pengurusan. Pada kebiasaannya, pakej adalah bermaksud jenis pembayaran oleh Pemegang Kepentingan yang akan dibuat kepada Syarikat Pengurusan; dan

e.       Pulangan keuntungan berstruktur yang telah ditentukan dalam prospektus dan Surat Ikatan Amanah.


E. Peranan Syarikat Pengurusan

 

Syarikat Pengurusan adalah terikat di bawah Perjanjian untuk:-

 

a.       membayar kepada pemegang amanah, dalam tempoh 30 hari setelah menerima apa-apa wang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada pemegang amanah;

b.      tidak menjual apa-apa kepentingan yang berkaitan dengan Surat Ikatan selain pada harga yang dikira selaras dengan Surat Ikatan;

c.       atas permintaan Pemegang Kepentingan, membeli kepentingan itu dari Pemegang Kepentingan pada harga tetap;

d.      tanpa kelulusan pemegang amanah menyiarkan atau menyebabkan disiarkan apa-apa iklan, surat pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi apa-apa pernyataan yang merujuk kepada harga jualan kepentingan yang berkaitan dengan Surat Ikatan Amanah atau mengandungi sebarang pelawaan untuk membeli kepentingan.



F. Manfaat kepada Syarikat Pengurusan

 

Terdapat banyak manfaat menubuhkan Skim Kepentingan kepada Syarikat Pengurusan seperti:


a. Membangunkan perniagaan dengan meningkatkan modal tanpa memohon sebarang pinjaman daripada pihak Bank atau dengan menerbitkan saham;




 
Skim Kepentingan
Pinjaman
 
Saham
Pembayaran kepada pemegang kepentingan/pelabur
Pada kadar yang dipersetujui berdasarkan nilai yang disumbangkan oleh Pemegang Kepentingan.
 
Faedah pada kadar yang dipersetujui yang mana syarikat terikat untuk membayarnya.
Dividen dibayar daripada keuntungan jika diisytiharkan oleh para pengarah
 
Keahlian
Pemegang Kepentingan bukan seorang ahli dalam syarikat.
 
Peminjam/Bank bukan seorang ahli dalam syarikat.
Pemegang saham adalah seorang ahli, dengan hak-hak keahlian (seperti hak mengundi)
 
Keutamaan
 
Pemegang kepentingan tidak mempunyai keutamaan berbanding pemegang saham..
Peminjam mempunyai keutamaan ke atas pemegang saham bagi pembayaran faedah dan pembayaran balik prinsip
Kebenaran
Mudah
Agak sukar jika dilihat pada keadaan ekonomi semasa.
Bergantung kepada jenis perniagaan (orang cenderung untuk melihat kekuatan perniagaan sebelum membeli saham.)
 



b. Wang yang dilaburkan dalam Skim boleh digunakan untuk membangunkan perniagaan syarikat dan juga boleh dilaburkan dalam penyelidikan;


c. Meningkatkan pertumbuhan perniagaan untuk menembusi pasaran asing;


d. Mengembangkan peluang perniagaan dalam perniagaan yang baharu; dan


e. Secara tidak langsung, Pemegang Kepentingan boleh menyebarkan maklumat kepada orang ramai melalui perbualan.




G. Manfaat kepada Pemegang Kepentingan


Terdapat pelbagai manfaat dengan menubuhkan Skim Kepentingan kepada Pemegang Kepentingan:-

 

a.       Pulangan modal dan keuntungan dalam tempoh yang telah dijamin;

b.      Pulangan yang menguntungkan yang dilindungi oleh Pemegang Amanah yang diluluskan dan dilantik;

c.       Satu bentuk pendapatan untuk Pemegang Kepentingan yang tidak bekerja atau pendapatan tambahan untuk Pemegang Kepentingan yang bekerja; dan

d.      Pelaburan yang sesuai bagi mereka yang mengkehendaki pulangan jangka pendek.


H. Perlindungan dalam Skim Kepentingan


Syarikat Pengurusan mesti melantik seorang Pemegang Amanah bagi Skim ini. Pemegang Amanah mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mengambil segala tindakan yang munasabah untuk memastikan bahawa Syarikat Pengurusan membayar sebarang wang yang kena dibayar oleh Syarikat Pengurusan kepada Pemegang Amanah di bawah Surat Ikatan Amanah, untuk memegang wang bagi kepentingan Pemegang Kepentingan dan juga untuk memastikan bahawa kepentingan Pemegang Kepentingan sentiasa di ambil berat.

 

I. Yuran Pemprosesan

Untuk pemeriksaan dengan teliti sebarang Surat Ikatan Amanah atau salinan Surat Ikatan Amanah di bawah Seksyen 86, Akta Syarikat 1965 (RM250.00); dan

Permohonan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan:

    • Pelantikan syarikat Pemegang Amanah di bawah Seksyen 87, Akta Syarikat 1965 (RM150.00);
    • Pengecualian dari mematuhi sebarang peruntukan di bawah Akta ini, jika ada (RM150.00);


J. Maklumbalas dari syarikat yang berjaya menerbitkan Skim



Agro Multy Trading Berhad - Encik Hadi Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif)


"Ini adalah satu pelaburan yang baik kerana orang ramai yang akan menyediakan modal untuk perniagaan tanpa saya mengeluarkan apa-apa syer dan tanpa mendapatkan pinjaman dari bank. Skim ini juga membantu kedua-dua Bumiputra dan Bukan Bumiputra untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Konsep ini adalah seperti meletakkan wang simpanan anda di Bank, tetapi anda akan mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada bank "




Disediakan oleh:-

AZMI & ASSOCIATES

Tingkat 14, Menara Keck Seng,

203, Jalan Bukit Bintang, 55100,

Kuala Lumpur.



Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:


Ahmad Suffian bin Syiimir (Peguam) - 013-357 8308 (ahmad.syiimir@azmilaw.comx)

Khairoon Arina bte Mohamed Nashrudin (Peguam) - 017-321 3787 (khairoon.arina@azmilaw.com)

 

Hakcipta terpelihara Azmi & Associates

Sabtu, 09 Juni 2012

BAMBOOTEC NO 1

                                                                    BAMBOOTEC




HASIL PENGGUNAAN BAMBOOTEC TERBUKTI MENGHASILKAN GAHARU GRED A

Senin, 21 Mei 2012

BAMBOOTEC - MENGHASILKAN GAHARU SUPER

Pelajari cara untuk menghasilkan gaharu gred Super.
Setelah penat anda menanam pokok gaharu dan menunggu sehingga 7 tahun dan tidak perlu tunggu lama untuk mendapatkan pulangan pelaburan anda.
Kami sedia membantu anda.

PENDAFTARAN DIBUKA - KURSUS PENANAMAN DAN INDUSTRI GAHARU BULAN NOV 2012

Dijemput kepada penanam, bakal penanam pokok gaharu supaya menghadiri Kursus Penanaman Gaharu. Matlamat kursus ialah mendedahkan kepada peserta cara-cara penanaman gaharu (mengikut cara yang betul) mengenal jenis pokok gaharu, mengetahui potensi hasil gaharu dan indusrtinya dan pasarannya. Anda akan didedahkan ilmu dan maklumat oleh En. Mat Hasbollah Bin Sudin ( Pengurus Besar Gaharuman Resources) Kursus tersebut akan diadakan pada :

Tarikh : 25 NOVEMBER 2012 (Ahad)


Masa : 8.30pg - 3.30ptg

Tempat : Tanjong Karang Selangor.

Yuran : RM 250.00

Makan minum, kertas kerja, sijil penyertaan diberi.

Maklumat lanjut 0133707271

Gaharu

Gaharu
GAHARU sejenis kayu dengan berbagai bentuk dan warna yang khas, serta memiliki kandungan kadar damar wangi, berasal dari pohon atau bagian pohon penghasil gaharu yang tumbuh secara alami dan telah mati, sebagai akibat dari proses infeksi yang terjadi baik secara alami atau buatan pada pohon tersebut, dan pada umumnya terjadi pada pohon Aguilaria sp. (BSN, 1999).